pilihanraya_ke-14-pru14

Pilihanraya Umum Ke 14

Posted on Posted in Uncategorized

Harinya telah tiba. Dengan segala kuasa yang ada, dengan segala harapan demi masa hadapan, marilah kawan-kawan! Keluar mengundi dan luangkanlah masa anda. Pangkahlah dengan hikmah. Bukan emosi. Atau udang sebalik mee. 😀

Kami doakan perjalanan anda semua, selamat dan selesa. Kami doakan anda dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna. Kami berdoa untuk kesejahteraan kita bersama. Apa pun keputusannya, teruskan langkah maju ke depan. Biarkan semalam jadi sejarah. Pantang diulang, jangan dikesali.

 

Tips sebelum mengundi:

  • Semak dan pastikan lokasi mengundi di sini
  • Google atau rujuk sumber yang sahih, bagaimana pangkah yang betul. Jangan bazirkan undi anda! #AntiUndiRosak
  • Tidur awal, jangan stress, bangun awal dengan fikiran lapang. Breakfast dulu.
  • Pakai pakaian sopan dan selesa. Pastikan tiada sebarang nama/logo/wajah mana-mana parti politik
  • Jangan lupa bawa kad pengenalan. Masa mengundi 8 pagi hingga 5 petang.
  • Beratur dan ikut arahan.

 

Selamat mengundi!

 

 

#PilihanRayaUmum14

#PRU14

#GE14

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *